Friday, January 30, 2009

30 Januari, 2009 : Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya


Hari ni, aku sempat ke Masjid Jamek Sultan Abd Aziz, Jln Templer, P Jaya(masjid nostalgia zaman sekolah rendah aku(Road 10 PJ -1976-1981).
Hari nie masjid nie dah 'totally change'...diorang roboh and naikkan Masjid baru dengan segala kemudahan zaman la ni...

Khutbah dari Mimbar Masjid:
Alhamdulillah,alhamdulillah, Itttaqullah! Bertakwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa......
Khatib hari nie meminta jemaah semua supaya berhati-hati dengan musuh-musuh Islam baik dari pihak Nasrani, Yahudi mahupun Komunis yg sentiasa berusaha utk menghapuskan Islam dari zaman dulu lagi.
Kita telah banyak diperdayakan oleh mereka dengan fakta2 sejarah lampau yg sengaja diputarbelitkan. Fakta penjajah menjajah negara-negara Islam untuk menghapuskan Islam ditopengkan dengan kononnya mereka menjajah utk tujuan politik dan ekonomi mereka. Itulah tujuan utama mereka!!! Untuk menghapuskan pemerintahan Islam Khalifah Othmaniah Turki yg mana telah sampai ke seluruh perusuk dunia dari eropah, afrika dan timur. Mereka berjaya hapuskan kuasa Islam Othmaniah melalui boneka 'Kamal Artaturk'. Dan usaha mereka itu telah disambung sehingga sekarang tapi dengan nada yg lain.
Khatib menyeru jemaah supaya sama-sama menyahut cabaran utk menyatukan umat Islam dengan cara mengembalikan sistem khalifah Islam yg mana kita berjaya menguasai dunia pada waktu itu melaluinya.
Sabda Rasullullah s.a.w dengan maksudnya
“Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat” selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitab Allah dan sunah Rasulullah".

No comments:

Post a Comment