Friday, January 30, 2009

30 Januari, 2009 : Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya


Hari ni, aku sempat ke Masjid Jamek Sultan Abd Aziz, Jln Templer, P Jaya(masjid nostalgia zaman sekolah rendah aku(Road 10 PJ -1976-1981).
Hari nie masjid nie dah 'totally change'...diorang roboh and naikkan Masjid baru dengan segala kemudahan zaman la ni...

Khutbah dari Mimbar Masjid:
Alhamdulillah,alhamdulillah, Itttaqullah! Bertakwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa......
Khatib hari nie meminta jemaah semua supaya berhati-hati dengan musuh-musuh Islam baik dari pihak Nasrani, Yahudi mahupun Komunis yg sentiasa berusaha utk menghapuskan Islam dari zaman dulu lagi.
Kita telah banyak diperdayakan oleh mereka dengan fakta2 sejarah lampau yg sengaja diputarbelitkan. Fakta penjajah menjajah negara-negara Islam untuk menghapuskan Islam ditopengkan dengan kononnya mereka menjajah utk tujuan politik dan ekonomi mereka. Itulah tujuan utama mereka!!! Untuk menghapuskan pemerintahan Islam Khalifah Othmaniah Turki yg mana telah sampai ke seluruh perusuk dunia dari eropah, afrika dan timur. Mereka berjaya hapuskan kuasa Islam Othmaniah melalui boneka 'Kamal Artaturk'. Dan usaha mereka itu telah disambung sehingga sekarang tapi dengan nada yg lain.
Khatib menyeru jemaah supaya sama-sama menyahut cabaran utk menyatukan umat Islam dengan cara mengembalikan sistem khalifah Islam yg mana kita berjaya menguasai dunia pada waktu itu melaluinya.
Sabda Rasullullah s.a.w dengan maksudnya
“Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat” selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitab Allah dan sunah Rasulullah".

Tuesday, January 27, 2009

23 Januari, 2009 : "Muzakarah Iman" dari Mimbar Masjid

Khutbah multimedia dari Masjib Imam At-Tarmizi, Sri Sentosa.

Iman - asas untuk kita beragama dimana kita dituntut utk sentiasa mengikut apa yg diperintah oleh Allah.

http://www.jawi.gov.my/Khutbah/Muzakarah%20Iman%2023.1.2009/

16 Januari, 2009 : Mimbar Jumaat Masjid Imam At-Tarmizi, Sri Sentosa

Khatib pada Jumaat kali ini membawa tajuk "Janji Allah" pada sidang jumaat semua. Allah berjanji kepada hambanya bahawasanya segalanya janji Allah akan balasanNya adalah benar walaupun sekecil zarrah.

Surah al Zalzalah:7-8 yang berbunyi; فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ Siapa yang berbuat baik walau sebesar zarrah kebaikkan ia pasti melihat ganjarannya Siapa yang berbuat sebesar zarrah kejahatanpun ia pasti akan melihat padahnya.

Friday, January 16, 2009

Selamatkan Palestin dari Mimbar Masjid Imam At-Tirmizi: 9Januari, 09

Jumaat lepas aku kat masjid Tmn Sri Sentosa, Off Jln Kelang Lama, KL. Khatib dengan penuh semangat membaca khutbah jumaat utk mengingatkan jemaah akan kekejaman Israel menyerang Gaza, Palestin.
Selamatkan Palestin!!!
Boikot barangan US!!!

Friday, January 2, 2009

Khutbah Jumaat, 2 January 2009 dari Mimbar Masjid Bulat

Alhamdulillah, Alhamdulillah....Khatib dari mimbar masjid memulakan khutbah Jumaat di mimbar Masjid Bulat Seksyen 14, PJ,Selangor. Isu pendidikan anak2 menjadi topik hari ini memandang hari Isnin ni merupakan bermulanya sesi persekolahan anak2.
Pendidikan seharusnya menjadi suatu keutamaan dan tanggungjawap ibubapa. Ilmu dapat mencorakkan anak2 kita di masa hadapan. Islam memandang penting kepada pendidikan ilmu.