Friday, December 26, 2008

Mimbar Masjid Bulat Seksyen 14 kupas isu Rasuah

Hari nie, khatib membawa tajuk "Rasuah" utk para jemaah solat Jumaat. Rasuah adalah satu 'penyakit' yg amat dikeji oleh Islam. Islam membawa banyak dalil2 yg melarang umatnya mengamalkan rasuah(Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 188). Rasuah ada di mana2 dan amalan ini boleh merosakkan suatu bangsa kerana ada rasa tamak dan ingin kaya dengan sekelip mata(contoh rasuah dalam mendapatkan kontrak dan sebagainya).

"Semoga Allah menjauhkan hambamu ni dengan amalan rasuah"

Muqaddimah

Aku mulakan blog ini Bismillahirrohmanirrahim. Segala puji atasNya, Tuhan sekelian alam. Dengan izin Allah, aku dapat mulakan blog nie yg aku beri nama "MimbarJumaat". Idea nie aku dapat selepas mendengar Khutbah Jumaat dari mimbar Masjid Sultan Abd Aziz @Masjid Bulat kat seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor. Moga dengan adanya blog ini dapat aku tuliskan untuk kefahaman diri ini dan juga seluruh pembaca bahasa Melayu di dunia. Ia juga diharapkan dapat memberi satu titik tolak atas diri ini untuk lebih khusyuk semasa mendengar Khutbah Jumaat sebab ada keinginan utk disebarkan di blog nie utk tatapan semua.
Jazakallah.